Wednesday, 11 September 2013

[Sentap] Pereka Grafik RTM Siarkan Kesilapan logo PDRM dipecat!


KUALA LUMPUR,Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terbabit dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM pada Selasa lalu.

Sehubungan dengan itu..

Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhayati Ismail berkata, laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang pada Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - BERNAMA.

p/s: itulah buat kerja biarlah lebih teliti ye lain kali :)

0 comments :

Post a Comment

Categories

NetworkedBlogs

Pages